Doakan Ayah Saya

"jaga nama baik ayah kau walaupun dia dah tak de ni. pergi ceruk mana pun dalam melaka ni siapa tak kenal ayah kau?"

aku akan ingat pesan ni sampai bila.

20 Januari 2011 hari Khamis malam Jumaat pukul 8.10 malam ayah pergi tinggal kan kita semua sebab jantung dia lemah lepas kena sakit acute myocardial infarction. ayah masuk hospital hari Khamis minggu lepas. (13/1) lepas kali kedua sakit jantung, ayah terus masuk icu balik. malam tu ayah pesan, jaga mama, belajar pandai-pandai. semua dia pesan. dan dia ada cakap ayah nak pergi mekah. ayah dah banyak dosa. tapi tak apa lah. tak sempat.

dalam seminggu tu dua kali jantung ayah terhenti sekejap. doa je kami dapat minta. minta ayah dikembali kan kesihatan. kami perlu ayah. hari khamis dia masuk, hari khamis juga dia keluar.

dari hospital nak bawa ayah balik rumah.. dari rumah bawa pergi masjid nak sembahyang jenazah, dari masjid nak bawa ke kubur.. memang ramai sangat ikut van jenazah. ramaaaai sangat. terlalu ramai. polis sana sini. dekat rumah lagi lah tak payah cerita. sampai dekat luar rumah pun penuh orang. masa otw memang orang tunggu luar rumah diorang nak tengok ayah lalu. rezeki ayah orang ramai mendoakan. rezeki ayah meninggal malam jumaat. rezeki ayah ramai orang sembahyang kan.

pakcik kata ayah orang baik. banyak benda baik dia buat. ada imam kata ayah pernah pesan pada dia masa ada gotong royong bersih kan tanah kubur hari tu.. dia kata, "imam, kosong kan tanah atas bukit tu, saya nak" tercapai juga hasrat ayah nak dikebumi kan disitu.

masa jenazah ayah masih ada dekat rumah sebelum bawa pergi masjid orang bagi penghormatan terakhir, orang tengok ayah, semua kata ayah macam tidur. ayah tidur. :(
sekarang pun terasa macam ayah tu ada. ayah ada dalam rumah ni. dia perhati je. mesti dia senyum je kan?

ayah, terima kasih. terima kasih sebab besar kan kami, besar kan adek sampai usia ni. terima kasih bagi semua yang adek minta. terima kasih bawa pergi bercuti last ke langkawi hujung tahun lepas. terima kasih untuk pemberian terakhir camare tu. terima sangat. terima kasih sangat. terima kasih tukar kan kos hari tu. sempat juga adek buat ayah bangga kan? ayah pernah kata, ayah bagi semua apa yang kami minta. semua. cuma cepat dengan lambat je.

orang kena kenal siapa ayah. orang mesti ingat siapa ayah. sampai bila-bila pun orang pasti ingat ayah. doa kan ayah dekat sana. ditempat kan dalam golongan orang-orang beriman, semoga ayah dicucuri rahmat.

Al-fatihah..

berita harian
berita harian
utusan
the star

**mana-mana berita di atas bukan semua benar.
utusan - ayah ditidur kan. bukan koma. ditidurkan untuk rehat kan ayah.
ayah tidak diserang sakit jantung. ayah tak de sakit jantung pun. saluran jantung tersumbat menyebab kan jantung ayah lemah. dua kali jantung terhenti bukan diserang sakit jantung.

15 comments:

Anonymous said...

sis, sabar banyak2. Ayah akak ditempatkan dkt org2 beriman :) insyaAllah. sabar.

-amoy/nur syuhada

shashazulkifli said...

syg..i tau pon br td..takziah ok.i sedih sgt dgr! kelam kabut cr no u cl x dpt.plz leave me ur no syg.da lost kontek! neway takziah again.kuat kn semangt ok.ingt pesan ayah u.ok syg!

AthirahSkinny said...

:'(

mizi said...

:(
eby. :'(

shashazulkifli said...

Mixi,i nk no wil, nie shasha kajang.

faatihahHassan said...

i know how you feel. be strong. you got my back, babe. take care, anything you know how to find me.

iqx said...

al fatihah.

Anonymous said...

al-fatihah.

Anonymous said...

sabar yup! semoga roh ditempatkan di tempat org yg beriman. Al-fatihah..

ryna_marina said...

wil, be strong ea...ak thu pun kat berita tv3...
semoga roh dicucuri rahmat..
take care dear..

armouris said...

info tentang jantung terhenti di SIHAT SELALU - Jantung Terhenti Kerana Kerosakan Elektrikal

gloomygoldentwilight said...

amoy : insyaallah.. terima kasih..

shasha : mesti.. i akan ingat pesan ayah sampai bila2.

fatihah : thank you so much :(

iqx : terima kasih

anonymous : terima kasih

anonymous : terima kasih

marina : insyaallah.. terima kasih

armouris : tahu yang tu. saluran jantung ayah tersumbat then jantung dia jadi lemah sbb tu boleh terhenti. sbb elektrik tu dah tak mengalir dengan betul.

asybedazzle said...

saya ada dekat putra medical petang tu, melawat kakak. alfatihah

artistiksyurgaloka said...

sygg.takziah.mlm yg u bitau ilham,i ade dgn die.sorry to hear that.
paham perasaan u,i pernah lalui dulu.
remember,Tuhan takkan uji hambaNya yg tak dpt trime ujian.so,i know u're a strong girl. :')

win said...

He Knows Best.. Fairuz, Kakak, Jaja ngan Zira kena jaga Mama baik2yer.. Kamu adik-beradikla semangat Mama sekarang ni... Moga roh arwah tenang di sana, Al-Fatihah....

-Kak Ina