boleh aku mahu tidur untuk 24jam? ganti tidur-tidur aku yang terganggu dulu? sebab sekarang aku tersangat penat. semacam orang bekerja awal pagi dan balik tengah malam lepas tu nak kene jaga anak kecil pulak yang tengah-tengah pagi merengek nak susu.

memang aku penat gila babi sampai rasa macam nak mencarut. nak mencarut sebab bila aku nak tidur tak boleh. badan aku tak berapa nak rehat. tidur tengah pagi dan lepas tu alarm roomate memekak tak reti nak matikan. tiap-tiap pagi macam tu. memang pagi-pagi buat gua nak mencarut lagi. bodoh.

bila petang nak tidur, memang lama cari masa untuk lelap mata. bila nak lelap mata tapi rasa tak senang hati memang terbatal lah niat nak tidur. kalau tiba-tiba dapat tidur pun tapi lepas 15minit henfon berbunyi-bunyi semua orang nak call, memang fuckup rasa dia.

sekarang mata dah merah-merah dan kepala dah sakit tapi masih tak boleh tidur, aku terasa nak hantuk kan kepala kat dinding.



bila penat semua benda pun boleh lupa. semalam aku terlupa nak mandi malam.

2 comments:

yuka ;) said...

haiya..mandi pun lupa kah?hahha

gloomygoldentwilight said...

haa tuh lah pasal